Saturday, May 25, 2019

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 KUMPULAN 14 - P

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua yang singgah ke blog Fateen. 

Sebelum Fateen nak cerita lebih lanjut mengenai topik pada hari ini, Fateen nak perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Fathin Nurul Ezzati Binti Irwahand, boleh panggil Fateen sahaja. Fateen berasal dari Tawau, Sabah dan menetap di Putatan, Sabah. Kini, melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) ambilan 2018/2019. Fateen mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan ( AT03- ISMP SAINS SUKAN ) iaitu dibawah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.

Baiklah disini Fateen nak ulaskan sedikit mengenai Pembelajaran Abad ke-21 atau dikenali sebagai PAK21 iaitu topik pembentangan Fateen dalam kursus Pengurusan Pembelajaran ( KPS 3014 ).

Dunia berubah, ilmu dan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja turut berubah. Fungsi utama sekolah adalah untuk menyediakan murid untuk masa depan mereka. Namun kita tidak dapat menjangka bagaimana masa depan murid kita nanti, sedangkan kita tidak mampu meramal perubahan 10 tahun akan datang. Oleh itu, kita hanya mampu menyediakan murid dengan kemahiran dan ilmu yang membolehkan mereka mengadaptasikan dan menyesuaikan diri apabila menghadapi dunia luar nanti. Kita tidak lagi boleh menyediakan murid untuk masa depan dengan kaedah masa lampau, oleh itu pendidikan perlu berevolusi.
Apakah fokus PAK 21?
4C. Kenapa 4C? Creativity, Critical thinking, Communication and Collaboration merupakan kemahiran yang perlu dilatih dan diperkembangkan sepanjang PdPc. Sebuah sijil ijazah sekarang tidak lagi menjaminkan sebuah pekerjaan, apatah lagi 10 tahun akan datang. Seorang perlu kreatif dan berfikiran kritikal dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja pada masa depan. Mereka juga perlu mahir dalam mengkomunikasikan pemikiran mereka disamping kebolehan bekerjasama dengan rakan sekerja mereka. Banyak syarikat-syarikat besar menjalankan interview dengan pelbagai kaedah baru, bukan lagi macam terdahulu, untuk mencari pekerja yang betul-betul mempunyai kemahiran dan kebolehan “soft skills” seperti di atas. Mengingat fakta dan istilah serta definisi tidak lagi relevan kerana informasi dan data boleh diperolehi di mana-mana, oleh itu, menghafal dan “mindless drilling” tidak lagi relevan dalam PAK 21.

Kriteria PAK 21?
Kenapa wujudnya kriteria seperti penyusunan fizikal bilik darjah, penggunaan BBB seperti Traffic Light, Parking Lot, dan sebagainya? Jika kita mula dengan menghayati tujuan sebenar PAK 21, kita akan faham bahawa benda fizikal seperti yang di atas wujud kerana kita MEMERLUKANNYA dalam PdPc kita, dan bukannya kita wujudkan disebabkan kita inginkan sebuah “Kelas PAK 21”.

Traffic Light dan Parking Lot diwujudkan kerana guru perlu sebuah mekanisma maklum balas dari murid secara sistematik dan terkawal (mungkin disebabkan saiz kelas besar). Namun guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapat maklum balas. Dengan hanya bertanyakan soalan-soalan yang mencetus pemikiran murid juga dikira sebagai PAK 21.
Susunan meja dan kerusi murid wujud atas KEPERLUAN memudahkan pergerakan dan kolaborasi murid dalam kelas. Jika kita hanya menyusun kelas dalam kumpulan, dan masih mengutamakan kerja individu dan mentafsir kejayaan individu murid sahaja, kita masih belum memahami konsep PAK 21. Murid boleh berada dalam satu kelas kosong tanpa meja dan kerusi, namun jika aktiviti mereka melibatkan kerja kooperatif dan mencabar pemikiran kritikal dan kreativiti mereka, itu sudah pun dikira sebagai PAK 21.


1. APAKAH ITU PEMBELAJARAN ABAD KE-21 ?


 

PAK21 adalah pembelajaran abad ke 21. Sebarang pembelajaran yang melatih murid dengan kemahiran abad ke 21 (4 C: Communication, Collaboration, Creativity, Critical thinking). 

Apakah 4K ini? 4K adalah kemahiran yang perlu diterapkan kepada murid selaras dengan cabaran kehidupan abad ke21. 4K yang kita sedia maklum ialah:

Komunikatif: 
Mahir dalam berkomunikasi iaitu maklumat dan bertukar pendapat dengan orang lain. Murid tidak kekok serta mampu membiasakan diri bercakap dengan individu lain. Selain itu, ciri komunikatif juga bermaksud murid boleh berkomunikasi dengan berkesan, maksud sampai dan ada tindakan. Komunikasi yang dimaksudkan adalah dua hala juga dengan medium bersemuka mahupun maya. 

Kolaboratif: 
Mahir berurusan dengan orang lain. Murid boleh bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan untuk mencapai kata putus sebulat suara. Murid juga tahu peranan masing-masing sebagai ahli atau ketua kumpulan. Murid boleh membuat keputusan dalam merancang gerak perbincangan atau aktiviti. 

Berfikiran kritis: 
Murid mahir jalan penyelesaian, menimbang tara pilihan serta membuat keputusan. Murid juga bersedia untuk merungkai langkah-langkah ke arah hasil atau keputusan yang dibuat. 

Kreatif: 
Murid boleh memberi alternatif di luar jangkaan yang bersesuaian dengan situasi. Murid juga mahir menggunakan kemahiran pelbagai dalam mempersembahkan hasil perbincangan atau menyampaikan keputusan. 

Setelah menilai 4 aspek tadi, terdapat satu nilai yang jarang diterapkan iaitu N - Nilai. 

Nilai bermaksud murid menyedari aspek nilai murni yang dipelajari serta hubungkaitnya dengan kehidupan seharian. Murid boleh menyatakan nilai murid berdasarkan isi pembelajaran dan aktiviti yang dilakukan pada pdpc tersebut.



2. KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 

Kemahiran-kemahiran PAK21 yang dapat dinyatakan secara umum adalah seperti jadual berikut :-

No
Jenis Kemahiran
Huraian
1.
Komunikasi
Pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan
2.
Kepekaan Silang  Budaya
Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya
3.
Pelbagai Bahasa
Keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa
4.
Kemahiran Mengurus
Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan, menyelesaikan masalah dan konflik
5.
Kerja Berpasukan
Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat
6.
Kreativiti
Dapat menyumbangkan pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah
7.
Keupayaan Untuk Menyesuaikan Diri
Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan
8.
Empati
Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka
9.
Pengurusan  Stress (Relaxation)
Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti punca stress
10.
Etika Kerja
Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi
11.
Disiplin Diri
Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi
12.
Tanggungjawab
Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi
13.
Pemikiran Diskriminatif
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza
14.
Kemahiran Tatabahasa
Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik
15.
Kemahiran Analitikal
Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan abstrak
16.
Ekonomi & Perniagaan
Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan
17.
Kemahiran Matematik
Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan
18.
Kemahiran Komputer
Keupayaan untuk menggunakan computer dalam perkhidmatan kaunseling
19.
Telekomunikasi
Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling

3. CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 
Pembelajaran abad ke-21 merupakan elemen penting dalam PPPM, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pembelajaran Abad 21 kini menjadi isu pendidikan paling trending di Malaysia untuk tahun 2015 hingga tahun 2017 ini. Pelaksanaan berperingkat bermula daripada penyediaan bilik kelas, susunatur dan keperluan fizikal dalam bilik darjah abad 21, kemudian diteruskan dengan penyediaan rancangan mengajar dan pelaksanaan P&P Abad 21.

Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab penting dalam melengkapkan diri dengan pedagogi-pedagogi terkini. Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pembelajaran berasaskan Pembelajaran abad ke-21.1. Round Table
10 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PAK-21

2. Think-Pair-Share

10 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PAK-21

3. Hot Seat

10 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PAK-21
4. Deklamasi Sajak/ Nanyian

10 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PAK-21

5. Pembentangan Hasil Sendiri

10 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PAK-21

6. Role Play

10 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PAK-21

7. Gallery Walk

10 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PAK-21

8. Three Stray, One Stay

10 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PAK-21


















































Penerangan diatas adalah serba sedikit mengenai dengan pembelajaran abad ke-21 yang semakin digunapkai sehingga hari ini untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berfikir luar kotak. Sampai disini dulu penjelasan mengenai dengan PAK21 daripada Fateen. Semoga kalian dapat mengetahui apa itu PAK21 pada masa kini. Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment